Kata Kerja SER: "to be" Dalam Bahasa Sepanyol

Kata Kerja SER

Salam sejahtera dan salam perpaduan...

Topik sebelum ini kita telah mempelajari Pronombres Personales: Kata Ganti Diri Dalam Bahasa Sepanyol dan ulangkaji Pronombres Personales: Kata Ganti Diri Dalam Bahasa Sepanyol 2. Pronombres Personales atau Kata Ganti Diri ini sememangnya sering diikuti oleh Kata Kerja 'SER'.

Apakah SER?

Kata kerja 'SER' ini bermaksud 'adalah' atau 'be' dalam bahasa Inggeris.

Kata kerja ini seringkali disejajarkan dengan bentuk 'to be' dalam bahasa Inggeris, Walau bagaimanapun, penggunaan 'SER' ini berbeza-beza sesuai dengan konteks ayat, erti dan situasi yang berkaitan.

Dalam bahasa Inggeris kita didedahkan Personal Pronouns akan diikuti dengan 'to be' iaitu;

I --> am
You --> are
He / She --> is
We --> are
You all --> are
They --> are

Oleh itu, dalam bahasa Sepanyol bentuk 'to be' atau kata kerja 'SER' ditulis seperti berikut;Conjugation SER
Beri penumpuan terhadap perkatan selepas Pronombres Personales.

Subjek Usted (anda), él (dia [m]) dan ella (dia [f]) memiliki pasangan 'to be' yang sama iaitu es. Demikian untuk Ustedes (anda [p]), ellos dan ellas (dia [p]), memiliki kata kerja SER yang sama iaitu son.

Dalam bahasa Sepanyol subjek Pronombre kadang-kadang tidak diucapkan, melainkan hanya sekadar menyebut 'to be'-nya. Sebagai contoh: Yo soy Martin Gonzales hanya diucap seperti ini Soy Martin Gonzales.

Sehubungan itu, penggunaan SER bagi pronombre berikut:

  • Usted (anda), él (dia [m]) dan ella (dia [f]) maka es digunakan.
          Sebagai contoh:
          1. ¿Es usted Sr. Romeo? (Adakah anda tuan Romeo?)
          2. Es mi amogo (Dia adalah sahabat saya). Kata kerja es dalam konteks ayat 
              ini adalah merujuk kepada 'dia'.
  • Ustedes (anda [p]), ellos dan ellas (dia [p]) maka son digunakan.
          Sebagai contoh:
          1. Son de Colombia, ¿verdad? (Adakah kamu dari Colombia, bukan?)
          2. ¡Frijolito! Son de Colombia, ¿verdad? (Frijolito! Adakan mereka dari
              Colombia, bukan?).                 
              Dalam konteks ayat ini, son merujuk kepada kata ganti Ellos / Ellas,
              apabila anda sedang berbicara dengan seorang sahabat dan kamu sedang
              membicarakan tentang orang ketiga (sekelompok orang). Maka kalimat
              tersebut merujuk kepada 'mereka'.

Berikut merupakan video tersedia bagi menjelaskan dan mengembangkan pemahaman anda berhubung dengan topik kita pada kali ini iaitu Kata Kerja SER: "To Be" Dalam Bahasa Sepanyol.


Kesimpulannya, kata kerja seringkali berubah-ubah berdasarkan konteks subjek dalam bahasa Sepanyol. Perubahan kata kerja ini dikenali sebagai Conjugaciones. Demikian tutorial Kata Kerja SER: "To Be" Dalam Bahasa Sepanyol untuk post kali ini. Semoga tutorial ini benar-benar bermanfaat dan membantu anda dalam proses pembelajaran (tutorial) bahasa Sepanyol. Post berikutnya kita akan mempelajari perubahan kata kerja secara terperinci. Nantikan bersama! 

Selamat mencuba dan sampai bertemu lagi...

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kata Kerja SER: "to be" Dalam Bahasa Sepanyol"

Post a Comment