10 Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Nyamuk?


Nyamuk, serangga yang secara universal dibenci oleh masyarakat di seluruh dunia. Serangga yang menjengkelkan, pembawa penyakit melangsungkan hidup dengan hanya menghisap darah daripada benda yang hidup, bergerak, termasuk kita - manusia.

Namun, mari kita singkap daripada perspektif nyamuk itu sendiri. Sememangnya, ia adalah serangga yang cukup menarik. Apakah 10 fakta menarik tentang nyamuk?

Fakta Menarik Tentang Nyamuk

Menarik Tentang Nyamuk

1. Nyamuk adalah haiwan yang dahsyat di bumi.

Sememangnya, lebih banyak laporan kematian yang dikaitkan dengan nyamuk berbanding mana-mana haiwan lain di planet ini. Nyamuk boleh membawa sejumlah penyakit berbahaya, termasuk malaria, demam denggi, demam kuning, dan encephalitis. Nyamuk juga membawa heartworm, yang boleh membawa maut kepada anjing anda.

2. Hanya nyamuk betina menghisap darah manusia dan haiwan; nyamuk jantan mendapatkan makanan melalui madu bunga.

Nyamuk betina memerlukan protein untuk keperluan telurnya, dan perlu mendapatkan darah untuk tujuan membiak. Memandangkan nyamuk jantan tidak bertelur untuk kelangsungan zuriat maka nyamuk jantan ini sememangnya mengelak kepada anda dan sebaliknya akan mencari bunga untuk mendapatkan madu.

3. Sesetengah nyamuk tidak menggigit manusia, sebaliknya lebih menyukai amfibia atau burung

Tidak semua spesies nyamuk menghisap darah manusia. Sebaliknya, lebih mengkhususkan terhadap haiwan lain, dan tidak mengganggu kita sama sekali. Nyamuk Culiseta Melanura, misalnya, menghisap darah burung secara keseluruhan, dan jarang menggigit manusia. Spesies nyamuk lain, Uranotaenia Sapphirina umpamanya, diketahui hanya mendapatkan darah melalui reptilia dan amfibia.

4. Nyamuk terbang pada kelajuan antara 1 dan 1.5 batu sejam

Ia kedengaran seakan laju! Namun, hakikatnya dalam dunia serangga nyamuk sebenarnya agak perlahan. Jika satu perlumbaan diadakan antara semua serangga yang boleh terbang, hampir setiap serangga lain akan menewaskan nyamuk. Rama-rama, belalang, dan lebah madu sememangnya lebih awal ,enghabiskan perlumaan berbanding nyamuk.

5. Sayap nyamuk menebarkan sayap 300 - 600 kali sesaat.

Ini dijelaskan dengan dengung bunyi yang menjengkelkan, yang anda dengar sebelum nyamuk hinggap dan menghisap darah anda!

6. Pasangan nyamuk seiringkan tebaran sayap untuk mencari cinta

Ahli-ahli sains berpendapat bahawa hanya nyamuk jantan boleh mendengar tebaran sayap pasangannya, namun, kajian terbaru berkenaan dengan nyamuk Aedes aegypti membuktikan nyamuk betina juga boleh mendengar tebaran sayap pasangannya. Apabila nyamuk jantan dan betina bertemu, maka dengung akan diseiringkan kepada kelajuan yang sama.

7. Nyamuk Salt marsh boleh bergerak sehingga 100 batu dari habitat pembiakan lavanya

Kebanyakan nyamuk muncul dari tempat pembiakannya dan tinggal berhampiran- dekat  dengan rumah. Walau bagaimanapun, nyamuk Salt marsh, boleh terbang sehingga jarak yang jauh untuk mencari tempat yang sesuai untuk hidup, dengan membawa kesemua madu dan darah yang ada sebagai bekalannya.

8. Semua nyamuk memerlukan air untuk membiak. Sesetengan spesies boleh membiak hanya dalam lopak selepas hujan lebat.

Hanya beberapa inci kedalaman air diperlukan bagi nyamuk betina untuk menelurkan telurnya. Larva nyamuk yang kecil berkembang dengan cepat di dalam tab mandi, talang bumbung, dan tayar lama yang dibuang. Jika mahu mengawal kehadiran nyamuk di sekitar rumah anda, anda perlu memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan bebas daripada bekas yang boleh menakung air.

9. Nyamuk dewasa boleh hidup sehingga 5 - 6 bulan.

Beberapa kemungkin menjadikannya hidup nyamuk lebih lama. Kita cenderung untuk membunuh nyamuk dengan menepap apabila nyamuk hinggap di atas kita. Namun, dalam keadaan yang nyata, nyamuk dewasa mempunyai jangka hayat yang cukup panjang, sebagai kitaran hidupnya.

10. Nyamuk mampu mengesan kehadiran Karbon dioksida (CO2) daripada 75 kaki jauhnya

Karbon dioksida, yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan lain, merupakan isyarat utama untuk nyamuk mengetahui mangsanya. Ia terjadi kerana nyamuk sangat sensetif terhadap kehadiran CO2. Dengan kehadiran CO2 di kasawan itu, maka, nyamuk betina akan terbang ke sana ke mari melalui kepulan CO2 sehingga nyamuk tersebut mendapat mangsanya.


Demikian perkongsian artikel saya untuk post kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat dan menambah pengetahuan kita bersama. Saya sangat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen, pertanyaan, pendapat atau penambahbaikan mengenai post ini melalui komen seperti di bawah. Anda juga boleh menghubungi saya DI SINI utntuk pertanyan lanjut sama ada mengenai artikel ini ataupun post-post yang lain.

Sekian...


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "10 Fakta Menarik Tentang Nyamuk"

Post a Comment