Bagaimana Mempelajari Bahasa Sepanyol: Pengenalan Kursus Melalui Tutorial

Belajar Bahasa Sepanyol 


Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada warga pembaca...

Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak anda untuk mengenali dan mempelajari satu bahasa asing (foreign language) iaitu BAHASA SEPANYOL. Apa pendapat anda mengenai bahasa ini? Adakah anda berminat untuk mempelajarinya?


Sebelum kita mengorak langkah lebih jauh, elok rasanya saya memberi definisi atau maksud BAHASA itu sendiri
.


Definisi Bahasa.


Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. 

Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.


Kembali kepada pokok penceritaan utama.


Tahukah anda Bahasa Spanyol adalah suatu bahasa Iberia-Roman, dan bahasa keempat yang paling banyak digunakan di dunia. Bahasa Spanyol merupakan bahasa pertama bagi sekitar 500 juta orang di dunia, atau bagi 600 juta orang jika termasuk bukan penutur asli (menurut perkiraan pada tahun 1999). Majoriti penutur bahasa Spanyol kebanyakan di Amerika Latin seperti negara Mexico, Costa Rica, Panama, Colombia dan lain-lain.

Spanish Speaker Countries

Percayalah bahawa, mempelajari sesuatu bahasa, Bahasa Sepanyol khususnya merupakan suatu perkara yang sangat indah dan menarik.

Berikut merupakan silibus atau kandungan lengkap yang akan dipelajari sepanjang Tutorial Bahasa Sepanyol ini.

CONTENIDO

Capítulo 2: ¿Cómo somos?

Capítulo 3: ¡Viva el fínsemanismo!

Capítulo 4: Quiero escaparme de la rutina

Capítulo 5: Los hitos de la vida

Capítulo 6: Asuntos de familia

Capítulo 7: ¡Buen provecho!

Capítulo 8: La Buena mesa

Capítulo 9: Hogar, dulce hogar

Capítulo 10: Historias de mi niñez

Capítulo 11: ¿Qué me pongo?

Capítulo 12: El físico es muy importante

Capítulo 13: Vida sana

Capítulo 14: Ciudades de ahora y de siempre

Capítulo 15: ¿Qué nos reserve el future?


#Contenido = Kandungan (Content)
#Capitulo = Bab (Chapter)

 

Spanish Speaker CountriesMungkin anda tertanya-tanya apakah maksud kesemua perkataan itu. Tenang, kita akan mempelajari kesemuanya, satu per satu (jika tidak ada halangan) selepas ini. Terdapat 15 Bab yang akan dipelajari sepanjang tutorial ini. Saya berharap agar kita dapat mempelajarinya bersama-sama tanpa sebarang rintangan mahupun halangan.

Bagaimana? Adakah anda sudah bersedia? Opss Opsss Opssss... kita akan memulakan pelajaran pertama pada post berikutnya.

Sampai ketemu lagi...

ADIOS MIS AMIGOS! HASTA MAÑANA!

#Good bye my friends! See you tomorrow!


Baca juga: Belajar Bahasa Sepanyol Bab 1: HOLA, ¿QUÉ TAL?

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu  saudara dan saudari dalam pencarian informasi khususnya informasi yang berkenaan dengan topik.

Postingan terkait:

4 Tanggapan untuk "Bagaimana Mempelajari Bahasa Sepanyol: Pengenalan Kursus Melalui Tutorial"

  1. Salam,

    Nampak macam saudara memang tahu cakap sepanyol..Study di sana ke?

    ReplyDelete
  2. Salam... Maaf lambat balas. Agak sibuk sedikit. Tak, dahulu belajar Bahasa Sepanyol semasa menuntut di Universiti.

    Terima kasih kerana sudi komen��

    ReplyDelete
  3. Walam Jinus..

    Sebagai owner blog, yang paling penting bila orang lain komen ni kita kena blas cepat2. bukti tunjukkan penghargaaan tu. tp tu lah, saya sendiri pun balas komen lambat juga.. :) tak apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee...ya betul, saya setuju dgn pandangan saudara. Terima kasih atas tunjuk-ajarnya. Saya cuba balas dengan segera yang boleh. Mohon utuk tunjuk-ajar dalam dunia blogging ya saudara Syed. Maklumlah masih mentah dalam blogging.

      Delete