Cara-Cara Untuk Membuat Red Velvet Cake

Red Velvet Cake

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Kita bertemu sekali lagi melalui artikel Homade Cake di dalam blog Going Distant. Resepi yang akan saya kongsikan adalah kali ini adalah bagaimana cara untuk membuat Red Velvet Cake. 
Resepi Kek Red Velvet
Red Velvet Cake adalah kek coklat dengan campuran warna sama ada merah gelap, warna merah atau merah-coklat (terang). Ia disediakan secara tradisional sebagai kek lapis dengan disalut dengan krim keju atau cooked roux icing. Kebiasaannya bahan-bahan yang yang digunakan termasuklah buttermilkmentega, koko, dan tepung untuk kek, serta pewarna makanan - merah.

Kek ini menjadi pujaan kepada penggemar kek tanpa mengira gender sama ada lelaki mahupun perempuan... Saya sendiri, seriously, sangat, sangat dan sangat menggemarkannya.
Kek Red Velvet

Bahan-Bahan;

Bahan A (ayak):

2 1/2 tepung serba guna
2 sb serbuk koko (natural & tanpa pemanis)
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam

Bahan B:

1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan gula kaster (saya kurangkan kepada 1 cawan sahaja)
2 biji telur
1 cawan Buttermilk*

Bahan C:

1 sk cuka makan
1 sb pewarna merah

Bahan-bahan Topping & Decoration:

500 gm cream cheese -/+
1 cawan gula icing
1 sk esen vanila
100 gm whipping cream
Cheddar cheese (parutan secukupnya)

Nota: * Buttermilk - campurkan 1 cawan susu dengan 2 sb cuka makan. Atau campurkan 1 cawan susu bersama dengan serbuk tartar.

Cara-Cara Menyediakan Red Velvet Cake;

1. Panaskan oven pada suhu 175'C - 180'C. Kemudian, sediakan 2 loyang bersaiz 9"
    dan lengserkan seluruh loyang tersebut dengan mentega. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B sehingga putih dan seterusnya, masukkan Bahan C pula. Pukul
    sehingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan Bahan A yang telah diayak dan kacau sebati
    menggunakan spatula.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C - 180'C selama
    25 - 30 minit sehingga masak.
6. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum proses meletakkan krim dijalankan.

Cara-Cara Menyediakan Topping & Decoration:

1. Satukan kesemua bahan Topping dan pukul sehingga sebati
2. Bahagikan kek kepada 3 - 4 lapisan. Seterusnya, gunakan krim topping untuk
    disalut antara setiap lapisan. Ulangi, langkah ini sehingga setiap lapisan telah
    selesai diletakkan krim.
3. Masukkan kek ke dalam peti sejuk selama 8-10 minit, sejukkan.
4. Akhir sekali, lebihan krim perlu disalut ke seluruh kek.
5. Hiaskan dengan lebihan / crumbs kek red velvet dan taburkan cheddar cheese
    (mengikut kreativiti sendiri).

Demikian perkongsian resepi Red Velvet Cake. Kek ini mudah untuk disediakan, jika anda mengikuti setiap langkah-langkah yang dikongsikan, saya yakin dan percaya anda juga akan berjaya menghasilkannya. Yakin pada diri sendiri! Semoga resepi ini bermanfaat dan mempelbagaikan pilihan resepi kek anda. Selamat mencuba!!

Saya sangat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen, pertanyaan, pendapat atau penambahbaikan mengenai post ini. Anda juga boleh menghubungi saya DI SINI.

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Cara-Cara Untuk Membuat Red Velvet Cake"

Post a Comment