Bagaimana Untuk Membuat Kek Pisang

Kek Pisang

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Kita bertemu sekali lagi melalui artikel Homade Cake di dalam blog Going Distant. Resepi yang akan saya kongsikan adalah kali ini adalah cara-cara untuk membuat Kek Pisang.

Resepi Kek Pisang

Bahan-Bahan;

Bahan A:

4 biji pisang berangan - lenyekkan (saya menggunakan 15 biji pisang emas)

Bahan B:

4 biji telur
1 cawan gula kaster (saya menggunakan 3/4 cawan sahaja)
1 cawan minyak jagung

Bahan C (ayak):

1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Bahan Lain: 

1 sk esen vanila 
1 sb jus limau nipis (optional - saya tidak menggunakannya)

Cara-cara menyediakan Kek Pisang;

1. Panaskan oven pada suhu 170' C. Kemudian, sediakan loyang dan lengserkan
    mentega ke seluruh loyang. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B sehingga putih dan masukkan Bahan A yang telah dilenyek, kacau rata.
3. Masukkan tepung yang sudah diayak dan kacau sebati menggunakan spatula.
4. Akhir sekali, masukkan esen vanila dan jus limau (jika perlu) kemudian,
    gaul sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170' C selama 50 minit
    sehingga masak.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Demikian perkongsian resepi Kek Pisang. Kek ini sememangnya sangat mudah untuk disediakan. Nikmati petang anda dengan secawan kopi dengan kek pisang ini. Sudah pasti petang anda amat dan amat bermakna! Saya sudah berjaya membuatnya. Anda bagaimana? Semoga resepi ini bermanfaat dan mempelbagaikan pilihan resepi kek anda.

Saya sangat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen, pertanyaan, pendapat atau penambahbaikan mengenai post ini. Anda juga boleh menghubungi saya DI SINI.

Sampai bertemu lagi!

Postingan terkait:

1 Tanggapan untuk "Bagaimana Untuk Membuat Kek Pisang"