Adakah Daging Menjadi Punca Utama Kanser?

Daging dan Kanser

Satu analisis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyimpulkan bahawa menjadikan daging sebagai menu utama sama ada yang telah diproses mahupun tidak, adalah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser. Namun, tidak bermakna bahawa anda sama sekali perlu berhenti memakan burger atau menjadikan daging sebagai menu utama keluarga.

Kanser Daging Diproses

Kenapa Daging?

Dapatan kajian?

The International Agency for Research on Cancer (IARC - sebahagian daripada WHO) mengkaji lebih dari 800 kajian berhubung dengan perkaitan antara daging dan kanser. Kajian adalah termasuk masyarakat daripada seluruh dunia, dengan kaum dan jenis diet yang berbeza-beza. Mereka menyimpulkan bahawa, daging yang diproses seperti bacon dan sosej telah ditempatkan sebagai kategori 'karsinogenik kepada manusia'.

 Baca Juga: RF3 World Firmax3 Malaysia


Penulis menyatakan bahawa bagi setiap 50 g sebahagian daripada daging yang telah diproses dan dimakan setiap hari, risiko kolorektal kanser meningkat sebanyak 18%. Daging merah seperti daging lembu, babi, dan kambing dikategorikan sebagai 'kemungkinan karsinogenik kepada manusia', pasukan tersebut menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa bukti secara muktamad yang membuktikan perkaitannya. Manakala, bagi setiap 100 g bahagian daging merah yang dimakan setiap hari, risiko kanser kolorektal boleh meningkat sebanyak 17%.

Anda mungkin telah membaca bahawa daging yang telah diproses adalah dalam kategori yang sama seperti penggunaan tembakau (rokok), tetapi itu tidak bermakna apabila memakan sosej kambing maka, akan meningkatkan risiko kepada kanser sama seperti merokok. Klasifikasi IARC adalah berdasarkan kepada bukti yang kukuh bahawa sesuatu punca yang boleh menyebabkan kanser, bukan risiko yang sebenar. Perokok (tembakau) merokok akan menyebabkan sekurang-kurangmya satu (1) juta kematian akibat kanser dalam tempoh setahun di seluruh dunia, manakala mengamalkan diet yang tinggi terhadap daging proses boleh menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 34,000.

Adakah saya akan mendapat kanser jika makan daging?

Pakar mengatakan anda tidak perlu menahan diri daripada mengambil daging dalam diet seharian, namun penemuan menyatakan, "menyokong saranan semasa oleh Kesihatan Awam untuk menghadkan pengambilan daging," kata Pengarah IARC, Dr. Christopher Wild.

"Saya fikir ia adalah sangat penting bahawa kita tidak perlu memanipulasi pemikiran masyarakat untuk tidak boleh memakan daging sama sekali," kata Dr. John Ioannidis, pengerusi pencegahan penyakit di Universiti Stanford.

Tidak ada bukti yang cukup untuk menunjukkan sejumlah daging yang perlu diambil dalam diet seharian kita, tetapi Dr. Dariush Mozaffarian, Dekan Pusat Pengajian Sains Pemakanan dan Dasar di Universiti Tufts di Amerika Syarikat, mencadangkan "tidak lebih daripada 1-2 hidangan daging yang telah diproses setiap bulan, dan tidak lebih daripada 1-2 hidangan untuk daging yang belum diproses dalam seminggu.".

Adakah beberapa jenis daging lebih selamat berbanding yang lain?

Daging tanpa lemak sentiasa menjadi pilihan terbaik, sama ada ayam atau daging lembu. Bahagian fattier haiwan mempunyai lemak lebih tepu dan kolesterol, yang dikaitkan dengan penyakit jantung, kencing manis dan kematian awal. Memilih untuk mengurangkan pengambilan daging yang diproses, termasuk bacon dan sosej, yang mempunyai lemak tepu dan sodium yang tinggi, merupakan diet yang seimbang untuk kesihatan anda secara keseluruhan.

Mustahak bagaimana daging dimasak?

Ya, ia sangat mustahak. Kajian menunjukkan bahawa memanggang atau barbeku (BBQ) daging atas api atau pada suhu yang tinggi boleh memyebabkan 'hangus' dan seterusnya boleh membawa kepada pembentukan bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen.

Adakah ia lebih mudah (dan lebih selamat) untuk menjadi vegetarian?

Tidak semestinya. Daging adalah sumber protein yang baik, vitamin dan mineral adalah yang diperlukan oleh tubuh iaitu dari otak ke otot untuk fungsi sistem imun anda. Menghapuskan pengambilan daging dalam diet seharian, anda mungkin akan kekurangan nutrien utama yang boleh menjejaskan kesihatan jika nutrien tersebut tidak dapat diperolehi daripada sumber makanan lain.

Postingan terkait:

2 Tanggapan untuk "Adakah Daging Menjadi Punca Utama Kanser?"