Bagaimana Membuat Chocolate Delight Cake

Chocolate Delight Cake

Salam sejahtera dan salam perpaduan...

Post kali ini, saya ingin berkongsi resepi dan pengalaman peribadi dalam menyediakan kek harijadi untuk diri sendiri. Kek ini telah dibuat pada 10 April 2016 sempena meraihkan harijadi.

Chocolate Delight Cake


Bagaimana?

Bahan-Bahan Untuk Menyediakan Sponge Cake

Bahan A:

4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan B:

4 biji putih telur
100g gula kaster (saya kurangkan kepada 75g)

Bahan C: 

100g tepung gandum (ayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder (optional)

Bahan D:

50g minyak jagung

Cara-cara menyediakan Sponge Cake;

1. Panaskan oven pada suhu 160' C.
2. Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu. Ketepikan
3. Pukul pula bahan B sehingga kembang dan bertanduk (meringue)
4. Satukan bahan A yang dipukul sebelumnya dengan bahan B sehingga sebati
5. Masukkan bahan C, dan gaul sebati
6. Akhir sekali masukkan pula bahan D dan gaul hingga sebati.
7. Tuang ke dalam loyang 20 cm yang telah digriskan dan alaskan dasarnya dengan
    menggunakan baking paper.
8. Bakar pada suhu 160' C selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya di atas redai 
   (wire rack). 

Bahan-bahan Filling:

1. 250g cream cheese (terpulang jenis mana satu)
2. 75g fresh cream
3. 3 - 4 sudu besar whipping cream (saya gunakan susu biasa)

Bahan-bahan Topping & Decoration:

1. 160g fresh cream
2. 150g - 200g coklat masakan
3. 100g whipping cream
4. 1 sudu mentega / butter (optional)
5. Mix fruits (ikut citarasa)

Cara menyediakan chocolate ganache filling:

1. Cara untuk hiasan coklat - Panaskan whipping cream. Panaskan sama ada di
    dalam microwave atau dengan menggunakan dapur gas. Seterusnya letakkan 
    mentega /  butter, gaul sebati sehigga mendidih. Kemudian, matikan dapur gas
    dan serta-merta letakkan coklat masakan ke dalam. Gaul sehingga sebati.
    Sejukkan.

Cara-cara membuat filling & menghias kek:

1. Satukan bahan-bahan filling dan pukul sehingga kembang dan sebati.
2. Ambil sponge cake, potong kepada 2 lapisan. Letakkan lapisan pertama, 
    sapukan 1/2 adunan filling. Letakkan mix fruits dan sapukan lebihan adunan
    filling ke atasnya.
3. Tutup dengan lapisan kek terakhir. Simpan ke dalam peti sejuk sementara
    membuat topping.
4. Pukul fresh cream sehingga pekat dan bertanduk (jangan terlalu pukul).
5. Keluarkan kek, sapukan kemas di atas dan sekeliling kek dengan topping fresh
    cream tadi.
6. Akhir sekali letakkan chocolate ganache filling di tepi kek (hias mengikut
    kreativiti)


Demikian perkongsian resepi dan pengalaman dalam membuat kek harijadi sendiri. Semoga resepi ini bermanfaat dan mempelbagaikan pilihan resepi kek harijadi anda. Saya sangat mengalu-alukan jika terdapat sebarang komen, pertanyaan, pendapat atau penambahbaikan mengenai post saya ini. Anda juga boleh menghubungi saya DI SINI. 

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bagaimana Membuat Chocolate Delight Cake"

Post a Comment