Daging dan Kanser
Satu analisis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menyimpulkan bahawa menjadikan daging sebagai menu utama sama ada yang telah diproses mahupun tidak, adalah dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser. Namun, tidak bermakna bahawa anda sama sekali perlu berhenti memakan burger atau menjadikan daging sebagai menu utama keluarga.Kenapa Daging?
Dapatan kajian?
The International Agency for Research on Cancer (IARC - sebahagian daripada WHO) mengkaji lebih dari 800 kajian berhubung dengan perkaitan antara daging dan kanser. Kajian adalah termasuk masyarakat daripada seluruh dunia, dengan kaum dan jenis diet yang berbeza-beza. Mereka menyimpulkan bahawa, daging yang diproses seperti bacon dan sosej telah ditempatkan sebagai kategori 'karsinogenik kepada manusia'.Baca Juga: RF3 World Firmax3 Malaysia
Penulis menyatakan bahawa bagi setiap 50 g sebahagian daripada daging yang telah diproses dan dimakan setiap hari, risiko kolorektal kanser meningkat sebanyak 18%. Daging merah seperti daging lembu, babi, dan kambing dikategorikan sebagai 'kemungkinan karsinogenik kepada manusia', pasukan tersebut menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa bukti secara muktamad yang membuktikan perkaitannya. Manakala, bagi setiap 100 g bahagian daging merah yang dimakan setiap hari, risiko kanser kolorektal boleh meningkat sebanyak 17%.
Anda mungkin telah membaca bahawa daging yang telah diproses adalah dalam kategori yang sama seperti penggunaan tembakau (rokok), tetapi itu tidak bermakna apabila memakan sosej kambing maka, akan meningkatkan risiko kepada kanser sama seperti merokok. Klasifikasi IARC adalah berdasarkan kepada bukti yang kukuh bahawa sesuatu punca yang boleh menyebabkan kanser, bukan risiko yang sebenar. Perokok (tembakau) merokok akan menyebabkan sekurang-kurangmya satu (1) juta kematian akibat kanser dalam tempoh setahun di seluruh dunia, manakala mengamalkan diet yang tinggi terhadap daging proses boleh menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 34,000.
Adakah saya akan mendapat kanser jika makan daging?
Pakar mengatakan anda tidak perlu menahan diri daripada mengambil daging dalam diet seharian, namun penemuan menyatakan, "menyokong saranan semasa oleh Kesihatan Awam untuk menghadkan pengambilan daging," kata Pengarah IARC, Dr. Christopher Wild."Saya fikir ia adalah sangat penting bahawa kita tidak perlu memanipulasi pemikiran masyarakat untuk tidak boleh memakan daging sama sekali," kata Dr. John Ioannidis, pengerusi pencegahan penyakit di Universiti Stanford.
Tidak ada bukti yang cukup untuk menunjukkan sejumlah daging yang perlu diambil dalam diet seharian kita, tetapi Dr. Dariush Mozaffarian, Dekan Pusat Pengajian Sains Pemakanan dan Dasar di Universiti Tufts di Amerika Syarikat, mencadangkan "tidak lebih daripada 1-2 hidangan daging yang telah diproses setiap bulan, dan tidak lebih daripada 1-2 hidangan untuk daging yang belum diproses dalam seminggu.".
Info yang menarikkk
ReplyDeleteTerima kasih saudara Afif Rayyan
Delete