Gender Dalam Bahasa Sepanyol

Salam sejahtera dan salam perpaduan...

Sekali lagi kita bertemu dalam tutorial Belajar Bhasa Sepanyol. Post saya sebelum ini Memahami Kata nama Dan Adjektif Dalam Bahasa Sepanyol iaitu post yang membincangkan mengenai Kata Nama dan Kata Adjektif secara umum. Oleh itu, post saya pada kali ini amat signifikan dengan tajuk sebelumnya khusus membincangkan topik gender dalam Bahasa Sepanyol.

Secara asasnya kita telah mempelajari bagaimana menentukan sesuatu Kata Nama itu sama ada feminin atau maskulin dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini;

1. Kata nama (benda) yang berakhir dengan -o pada umumnya memiliki artikel 'EL' iaitu gender maskulin dan artikelnya ditulis "LOS" dalam majmuk (plural). 
  • Contoh: el libro (buku) / los libros (buku-buku), el gato (kucing) / los gatos (kucing-kucing), el canto (lagu) / los cantos (lagu-lagu).
2. Kata nama (benda) yang berakhir dengan -a pada umumnya adalah gender feminin. Artikel feminin ditulis sebagai la atau las dalam bentuk majmuk (plural).
  • Contoh: la casa (rumah) / las casas (rumah-rumah), la flor (bunga) / las flores (bunga-bunga), la niña (anak perempuan) / las niñas (anak-anak perempuan)
3. Beberapa pengecualian terhadap pengelompokan gender ini. Beberapa kata nama (benda), artikel sememangnya akan menjadi maskulin atau feminin bergantung kepada jenis kelamin  seksualnya.
  • Contoh: el artista (artis lelaki), la artista (artis perempuan) atau las artistas / los artistas bila plural.

Artículos El o La


Namun, perbezaan gender terhadap kata itu adalah penggunaan artikel yang ditempatkan (tidak selalu, tergantung dari konteks kalimat) sebelum sebuah kata benda.

Saya ingin mengajak anda untuk menonton video ini bagi menambah pemahaman dalam penguasan gender dalam Bahasa Sepanyol. Video ini sebagai sumber untuk membantu anda untuk menjadi lebih familiar dalam sebutan khusus daripada penutur sebenar bahasa ini. 





Saya tidak akan memberikan terjemaan seperti apa yang dibahaskan oleh la profesora ini. Secara dasarnya, apa yang hendak disampaikan adalah sama seperti hukum tatabahasa Memahami Kata nama Dan Adjektif Dalam Bahasa Sepanyol. Cuba mendengarkannya, fahami dan kuasai apa yang ingin disampaikan. Selamat mencuba! Buena suerte!

Sumber rujukan:
1. Spanish Lessons #02 - El Género de los Nombres
2. Gender Kata Benda dalam Bahasa Spanyol

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Gender Dalam Bahasa Sepanyol"

Post a Comment